:~Mengapa Lidah Kelu Disaat Kematian?~:

Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati
ALLAH SWT,.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian
itu pasti menjelma..
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati..
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat.
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik.
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'...
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika.
tidak Allah akan kelukan.
lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas.
menunjukkan, kita disarankan.
agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun.
semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya..
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa
ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka.
Dari itu marilah
kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini
tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang
baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket. 45 minit terasa
terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki
syurga tetapi tidak
ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana
untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat
berantai' melalui e-mail
tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah
seringkali berfikir 2
atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI
MENJADI SEBAHAGIAN DARI
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
Wassalamualaikum